Sunday, April 18, 2010

BeAuTiFuL LiFe...

Post kali nie agak jiwang tp amat bermakna dalam kehidupan..baca yer reramai..kalau x nak baca sudahh..hehehe..:-P

Pada suatu hari di Sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya, ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..

Pelajar :"Cikgu" macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang
paling kita sayang? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu :"Ok kamu ikut apa yang saya suruh, kamu pergi ke padang, kamu berjalan diatas
rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa
menoleh kebelakang lagi walau sekali dah petik rumput yang paling cantik, bawa
ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya, cikgu bertanya, Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Murid :"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik, memang ada
banyak yang cantik tp cikgu kata petik yang PALING cantik, maka saya pon
terus berjalan kedepan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh
kebelakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang
PALING cantik. mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang
Paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula, jadi
tiadalah rumput yang saya boleh petik."

Cikgu :"Ya itulah jawapannya. maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang janganlah kta mencari lagi yang lebih baik dari itu.kita
patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. jangan kita
menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. semoga yang
berlaku x berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang, itulah
yang paling cantik & paling baik. walaupun nak ikutkan banyak lagi yang
cantik dan baik seperti rumput tadi.


----SEKIAN----

No comments:

Post a Comment