Saturday, January 4, 2014

Hanya mampu berdiam

Assalammualaikum sahabat-sahabat blogger harap-harap semu sihat-sihat belaka..

Tajuk diatas agak emotional sikit sebab agak terkilan sedikit dengan somebody.. diri nie hanya mampu berdiam dan tidak mahu comment apa-apa sebab kita takkan mampu puaskan hati sesiapa pon.. bila kita buat baik ada juga orang yang tidak suka, kalau buat jahat lagi lah orang tak suka so ignore semua tue dan buat macam biasa..

Tapi agak terkilan juga kenapa beliau boleh layan si manusia yang talam dua muka dan semua orang dia tak suka dan dia saja la yang betul tue.. YaAllah kenapalah aku still dekat dengan orang-orang yang macam nie.. harap-harap aku dijauhkanlah dari orang macam itu..

Kadang-kadang orang takkan hargai mana permata dan mana kaca.. yang permata diabiarkan dan di lupakan tapi yang kaca la yang dia sanjung dan suka sangat.. itulah manusia..

Sekarang mood aku agak terganggu dan agak down sebab kenapa boleh macam tue.

Yer aku memang nampak orang yang berada dan sentiasa look luxury camtu tetapi aku takkan tunjuk sesekali kesusahan aku kat sesiapa.. biarlah kita susah kita usaha dengan apa yang kita mampu.. aku takkan tunjuk yang aku nie banyak duit dan belanja kawan-kawan sana sini dan nampak baik gila sebab belanja orang makan sampai beratus-ratus tapi pada hakikat kita berhutang dengan orang lain.. haa..nampak tak.. jenis aku kalau aku nak belanja sesiapa aku pastikan aku settlekan semua sebelum aku belanja orang.. so takder la terpikir masalah itu ini..

Orang lain nampak kita tiada commitment apa2 sebenarnya dia tak tahu langsung tentang kita.. sedih.. YaAllah kuatkanlah semangat aku nie..kembalikan keceriaan..

YAALLAH aku mohon padamu jauhkanlah aku dari sahabat yang talam dua muka yang menghancurkan persahabatan aku dengan sahabat yang lain..Amin..

Sunday, July 28, 2013

Berbuka Puasa



Assalammualaikum semua sahabat2...

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara lagi..

So far kawan-kawan semua puasa tak?

Kalau tak puasa tue buat la bertaubat..hehehe..

Ok nak cerita nie, dah lama tak bercerita ngan komer semua..hehehe..

Gambar kat atas tue bersama dengan adik bongsu..yang katany little sangat tue..padahal big mama..hahaa.. ok2.. nak dijadikan cerita tue kami berbuka sekali buat pertama kali pada ramadhan kali nie.. yer la nak berbuka sesama selalu memang tak dapat la sebab my lil sis at Shah Alam n me plak at badar Keyell so jauh tue...hahaha..macam la jauh sangat...haha.. lokasi pilihan adalah Dataran Shah Alam.. Saja jer nak berbuka kat situ sebab belum pernah makan kat situ kan..katanya happening.. so gigih la pi situ... tapi memang best pon sebab ramai yang berbuka kat situ... -CIO-2 pon banyak..hahaha... nak tahu apa CIO tue..awek cun la kan... aku dapat tahu maksud CIO pon dari kawan aku yang pernah kerja McDonal..haha.. so orang bukan tahu pon kalau kita cakap CIO2 kan.. haha..

Ok tujuan aku pi situ pon sebab nak mencari baju raya.. baju raya yang perlu dibeli adalah baju mak n abah.. bila baju diaorang dah beli baru la kami merambu cari baju kami...hehe.. tema pada tahun nie Blue Turquoise.. so jenuh la cari baju wana tue kan..haha.. dah jumpa apa lagi aku sebat la kan..x banyak citer..TETAPI me memang cerewet bab2 memilih nie..pusing2 sampai lebam sebab nak compare harga n kecantikkan baju tue..haha.. so memang lenguh la kaki jawapnya.. tapi aku steady jerk, yang ikut la merana sket..haha..

ok me akan balik kekampung 6hb August 2013 tetapi malam sebab nak cari barang sikit paginya..

ok cerita lain pulak..



Gambar kat atas nie pulak gambar kami classmate berbuka sekali.. lokasi pilihan adalah Kenny Rogers The Curve.. so gigih la kesana kan... so far tak semua hadir sebab ada yang tak dapat hadir disebabkan ada hal yang tidak dapat dielakkan.. so sesiapa yg hadir tue pon jadi ler..kami semua tue memag rapat.. bila jumpa mula la cerita pasal diri masing2 n cerita pasal kerja camner n keja ok tak.. n cerita pasal pengalaman la gamaknya..so memang happening.. ok taknak cerita banyak2 sebab nak sambung buat kerja diopis nie..karang kalau cerita panjang-panjang kelaut karang..hehehe..ok bye..:-)

Sunday, April 14, 2013

Bersiaran Semula..:-)P




Salam semua... haha.. Tajuk diatas tak nak gempak pulak kan..hehe..

Ok gambar diatas aku saja2 letak coz activity hari ahad lepas aku adalah pergi jemputan kahwin my friend... yang aku kenal si suami nyer bukan isterinya.. isterinya tue ex kepada my best friend yg disebalah tue la..hehe.. ex katanya.. masa sekolah dia pi sekali n berkawan lama jugak..so far tiada jodoh berpisah ditengah jalan.. n sekarang my best friend akan melangsungkan perkahwinan beliau pada bulan 12 tahun ini jugak.. n aku la orang yg akan menjadi pengapit beliau.. siap tempah tue yang tak tahan..bulan 2 hari tue dia dh cakap ko nanti jadi pengapit aku deh.. hmm.. den pon kata ok jerk...

Ok sebenarnya nak kabo yang kita nie dah lama tak memblog kan diri..n sawang-sawang pon boleh tahan hebatnya.. hehehe. k la tue jerk nak kabo..panjang2 pon sapa la nak baca..hehee..:-)P

Tuesday, April 2, 2013

Permulaan Bulan Yang Baru..

Assalamualaikum sahabat-sahabat diluar sana..

Diharapkan sihat-sihat belaka hendaknya..

Kali ini entry pertama dibulan April 2013.

Alhamdulillah bulan march sudah pun melabuhkan tirainya dua hari lepas.

Aku pon bermulalah kisah sebagai pekerja ditempat yang baru.. banyak benda yang nak dikongsikan disini. In Shaa Allah akan dicoretkan serba sedikit sebagai perkongsian..

Baiklah.. Seperti biasa kerja macam biasa cuma waktu bertolak dari rumah agak berbeza dari kerja ditempat yang lama.. Dari rumah aku bertolak dalam jam 8.30am dan sampai office lebih kurang jam 8.45am macam tue. maklum lah tempat kerja baru aku sekarang tersangat dekat cuma mengambil masa lebih kurang 10 Minit jer dah sampai.. kalau jalan x jem la.. kalau jalan jem sikit dalam 20 minit tue dah sampai.. Best kan??

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan sebab kalau dulu memang agak mencabar, lagi-lagi waktu bertolak dari rumah yang memerlukan 2 jam untuk sampai ke Office. hebat tak?.. selama setahun lebih jugak aku gigih menghadapinya.. hmm.. dengan Izin Allah aku cuba apply mana-mana kerja kosong di Mudah.my.. main sebat jerk.. jawatan admin dan jugak account yang menjadi pilihan.. sebab benda lain aku tak berapa nak reti..hehe.. aku pon gigih apply beberapa jawatan ada lebih kurang 4 syarikat aku apply dan semua syarikat panggil aku untuk interview.. cuma dua jerk yang sempat aku pergi sebab office lama tak benarkan aku cuti selalu kan.. karang kantoi pulak..hehe.. dua-dua syarikat jawatan yang diberikan adalah membuat account especially tentang payroll.. so sebelum nie aku tak pernah buat benda-benda payroll nie... syarikat pertama bertempat di Pusat Dayabumi KL.. so far memang strategik jugak la denga lokasi tue tetapi contract setahun..so tak berapa best bunyi nyer.. so aku pergi ketempat kedua iaitu office yang aku bekerja sekarang di Sentul.. 2 kali jugak aku kena datang interview.. mula-mula dengan senior staff dan selepas itu dengan Director syarikat.. agak gugup jugak la kan bila director yang interview, masa hari tue hari jumaat dan keputusan samada aku dapat kerja atau tidak aku dapat tahu hari selasa. Dengan Izin Allah aku telahpun diterima bekerja.. mereka mintak aku masuk secepat mungkin tetapi aku cakap aku boleh start 11 Hb March 2013.. so masih sempat nak rest dalam beberapa hari.. dapat la jugak merasa menjadi penganggur terhormat selama 4 hari..hehe..

So far kerja sekarang masih dalam proses belajar.. In Shaa Allah akan cuba sebaik mungkin untuk buat yang terbaik.. taknak ada conflict2 dalaman atau senang disebut personnel attack .. dan aku tak perlu pusing satu KL semata-mata nak dapatkan signature..sebab bos aku sekarang sentiasa berada di office time pagi jerk.. hari-hari memang dia akan datang walaupun sekejap.. kalau dia tak masuk office kami ada dispatch akan pergi kerumah boss. so staff tak perlu keluar.. best kan..haha..

jadinya setiap benda atau perkara perlulah sabar dan usaha yang takkan pernah putus.. jika ada kesilapa perbaiki dengan segera.. jangan sesekali orang lain pandang rendah akan kebolehan kita.

ok la tue sahaja yang nak dikongsikan..rasanya dah panjang dah nie...hehe.. selamar membaca..:-))

Wednesday, March 6, 2013

Itu lah diaaa...

Assalammualaikum semua...

Rajin pulak aku update blog kan...hahaha..

Ok nak cerita la sikit.. pasal seseorang yang pada mula-mulanya kita respect kat dia tapi selepas dapat tahu cerita sebenar terus hilang respect..

Memang kita tak boleh ambil cerita lama dengan apa yg berlaku sekarang tapi bila beliau tak berubah so sama la dia dengan yang lama..

Seorang perempuan yang menyuruh seorang lelaki untuk bercerai dengan isterinya semata-mata nak berkahwin dengan dia.. hmm.. sangat kejam yer perempuan tersebut..

tue la dia, bila kita dok sebok cerita pasal orang n kata dia gitu gini tapi pada hakikatnya dia lebih kurang sama jer dengan orang tue.. xda beza malah lagi keji.. Bila kita buka aib orang, lambat tak lambat aib kita orang dapat tahu.. macam kes aku nie dapat tahu last bekerja.. haaa..ke x sadis tue.. tapi takpa la sebab aku dah tak perlu nak mengadap orang tersebut.. hahaha.. Biar kita jadi diri kita yang sebenarnya bukan plastik.. ingat tue kawan-kawan..

Sebenarnya kalau ikutkan aku kena tender my resignation sebulan tapi aku nekad untuk resign dalam masa 24 jam notis.. haaa.. ko mampu buat keputusan mengejut dan sangat2 susah nak buat.. sebab hati aku yakin aku kena resign.. n lastly aku dah buat.. so far semua under control.. xda dah nak tahan-tahan sebab kalau aku datang kerja pon no point dah.. kalau boleh kita nak la pergi ngan tenang tapi disebabkan orang2 disitu memaksa aku pergi dengan serta merta..so tue la keputusan aku..

Dan dengan secara hormatnya aku akan start bekerja ditempat baru dengan jawatan sebagai Account Executive pada 11hb nie.. mcm continue yer n tak perlu tunggu lama-lama.. Alhamdulillah.. Bila kita Usaha, sabar n tawakal pada Allah in Shaa Allah, akan dipermudahkan.. Yakin pada Allah yer.. Rezeki ada dimana-mana jer..

Kalau ikutkan nak aja cakap kat someone tue ko ingat aku nie hadap sangat keja kat sini ker sebab so annoying.. org tue jenis plastik depan baik blkg mengutuk n fitnah macam-macam.. What u give u will get back soon..

Jadinya kita jauhkan sifat plastik n biarlah kita layan orang dengan ikhlas dan xda hasat dengki..

k la tue jer nak kongsi.. ambil apa yg baik dan buang apa yg x baik.. :-)

Friday, March 1, 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah adalah perkataan yang akan disebut pada bila-bila masa sahaja..

Cerita kali ini saya nak berkongsi cerita..

Sebelum cerita nak moody2 jerk tapi kali nie nak cerita yang happy-happy jer..

Alhamdulillah aku dapat panggilan bekerja dan jawatan tersebut sebagai Account Executive dan basic salarynya pon Alhamdulillah lagi better dari apa yang aku dapat sekarang..

Tapi aku kena bersabar dengan dugaan yang mendatang nie sebab ada lagi 4 Minggu aku akan tamat perkhidmatan di syarikat aku bekerja sekarang..

Kalau diikutkan syarikat yang offer tue nak aku start awal lagi kiranya start immediately. tapi aku kena follow procedure untuk berhenti sebab aku masuk dengan cara baik dan keluar dari syarikat tue pon secara baik..

Biarlah apa yang terjadi aku kena berhati-hati dengan sesiapa pun dan jang mudah percaya dengan orang sebab finally kita yang tercengang-cengang dengan tidakan orang yang kita tak sangka2 buat macam tue..

Syarikat yang aku masuk nie jumlah pekerja ada dalam lingkungan 170 orang jadinya agak mencabar jugalah..tapi aku ditempatkan di HQ..

Bila aku melangkah masuk di syarikat yang baru nie aku akan bekerja bersungguh-sungguh.. setiap arahan akan ditulis untuk my record.. tak boleh dah nak kata verbal so everything must put in writing date n sign.. dari situ adalah evidence kita..

Manusia akan berubah sekelip mata bila dia nak menyelamatkan diri..lagi2 itu adalah kesalahan dia.. tapi aku bukan orang seperti itu dan aku tidak akan buat macam tue dekat sesiapapun.. Sebab apa yang kamu buat akan dibalas kelak.. lambat atau tidak.. jika kita ditimpa musibah cuba muhasabah diri apa yang kita buat sebelum nie.. mungkin kita tidak perasan tapi buatlah apa-apa perkara sekali pun dengan niat yang ikhlas kerana Allah..

Cerita kali nie sampai disini sebab no idea..hahaha.. hopefully enjoy dengan karangan yang tungang langgang nie...hahaha

Saturday, February 9, 2013

Just sharing my story..:-))


Salam Semua...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk update di blog yang tak seberapa nie.. hehe

Ok.. Gambar kat atas tue just just letak dan ada story disebaliknya..

Actually nak cerita waktu-waktu sekarang ni sebenarnya i need some rest dari hiruk pikuk kesibukkan kota yang sangat busy nie.. kalau boleh nak rest lama-lama..

Stress sangat dan perlukan masa untuk diri sendiri stabilkan emosi diri sebenarnya.

Maklumlah dengan kerja di pejabat yang takkan habis punya. diberi pressure yang bermacam-macam.. so sehinggakan diri tak mampu untuk hadapinya..

Hanya Tuhan yang satu yang mengetahui hati dan perasaan ini..

Minggu nie sebenarnya kalau diikutkan hati nak balik kekampung di Johor sana tue sebab cuti raya cina kan so ada la sikit cuti orang kata 4 hari la kan.. kalau diikutkan tak lama pon just 4 hari jerk...

Hmm.. tapi aku buat keputusan tak pulang kekampung tapi dalam hati sebenarnya nak sanggat balik kampung dan rindu sangat dekat Mak Abah tue.. rasa sedih sangat pon ada juga tapi disebabkan kerja yang perlu diselesaikan aku terpaksa batalkan niat nak balik kampung..

Besok hari ahad so mungkin aku akan ke pejabat untuk siapkan beberapa kerja yang perlu diselesaikan. sebab dia nak hari rabu nie.. so kena la juga siapkan.. sentiasa positivekan diri sebab tue adalah tanggungjawap yang telah diamanahkan...

Ok nak share dengan kawan-kawan dan cerita nie untuk diri sendiri jugak..

Bila kita bekerja kita hendaklah ikhlaskan diri dan cuba untuk berfikir kita bekerja bukan untuk cari rezeki jer tapi sikap bertanggungjawap.. Bila tanggungjawap yang diamanahkan tidak dilaksanakan kita akan merasa ada jer yang tidak cukup.. mungkin rezeki kita akan ditarik sana sini.. for example ada musibah lain macam sakit or duit akan keluar jer dan dugaan sentiasa ada.. jadi bila kita diberi dugaan cuba muhasabah diri apa yang kita buat sebelum nie sehinggakan dapat musibah macam nie.. positivekan diri dan buat sehabis baik.. orang suka or tak terpulang janji kita dah buat sehabis baik..

tue jer la nak kongsi cerita hehehe...