Tuesday, April 2, 2013

Permulaan Bulan Yang Baru..

Assalamualaikum sahabat-sahabat diluar sana..

Diharapkan sihat-sihat belaka hendaknya..

Kali ini entry pertama dibulan April 2013.

Alhamdulillah bulan march sudah pun melabuhkan tirainya dua hari lepas.

Aku pon bermulalah kisah sebagai pekerja ditempat yang baru.. banyak benda yang nak dikongsikan disini. In Shaa Allah akan dicoretkan serba sedikit sebagai perkongsian..

Baiklah.. Seperti biasa kerja macam biasa cuma waktu bertolak dari rumah agak berbeza dari kerja ditempat yang lama.. Dari rumah aku bertolak dalam jam 8.30am dan sampai office lebih kurang jam 8.45am macam tue. maklum lah tempat kerja baru aku sekarang tersangat dekat cuma mengambil masa lebih kurang 10 Minit jer dah sampai.. kalau jalan x jem la.. kalau jalan jem sikit dalam 20 minit tue dah sampai.. Best kan??

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan sebab kalau dulu memang agak mencabar, lagi-lagi waktu bertolak dari rumah yang memerlukan 2 jam untuk sampai ke Office. hebat tak?.. selama setahun lebih jugak aku gigih menghadapinya.. hmm.. dengan Izin Allah aku cuba apply mana-mana kerja kosong di Mudah.my.. main sebat jerk.. jawatan admin dan jugak account yang menjadi pilihan.. sebab benda lain aku tak berapa nak reti..hehe.. aku pon gigih apply beberapa jawatan ada lebih kurang 4 syarikat aku apply dan semua syarikat panggil aku untuk interview.. cuma dua jerk yang sempat aku pergi sebab office lama tak benarkan aku cuti selalu kan.. karang kantoi pulak..hehe.. dua-dua syarikat jawatan yang diberikan adalah membuat account especially tentang payroll.. so sebelum nie aku tak pernah buat benda-benda payroll nie... syarikat pertama bertempat di Pusat Dayabumi KL.. so far memang strategik jugak la denga lokasi tue tetapi contract setahun..so tak berapa best bunyi nyer.. so aku pergi ketempat kedua iaitu office yang aku bekerja sekarang di Sentul.. 2 kali jugak aku kena datang interview.. mula-mula dengan senior staff dan selepas itu dengan Director syarikat.. agak gugup jugak la kan bila director yang interview, masa hari tue hari jumaat dan keputusan samada aku dapat kerja atau tidak aku dapat tahu hari selasa. Dengan Izin Allah aku telahpun diterima bekerja.. mereka mintak aku masuk secepat mungkin tetapi aku cakap aku boleh start 11 Hb March 2013.. so masih sempat nak rest dalam beberapa hari.. dapat la jugak merasa menjadi penganggur terhormat selama 4 hari..hehe..

So far kerja sekarang masih dalam proses belajar.. In Shaa Allah akan cuba sebaik mungkin untuk buat yang terbaik.. taknak ada conflict2 dalaman atau senang disebut personnel attack .. dan aku tak perlu pusing satu KL semata-mata nak dapatkan signature..sebab bos aku sekarang sentiasa berada di office time pagi jerk.. hari-hari memang dia akan datang walaupun sekejap.. kalau dia tak masuk office kami ada dispatch akan pergi kerumah boss. so staff tak perlu keluar.. best kan..haha..

jadinya setiap benda atau perkara perlulah sabar dan usaha yang takkan pernah putus.. jika ada kesilapa perbaiki dengan segera.. jangan sesekali orang lain pandang rendah akan kebolehan kita.

ok la tue sahaja yang nak dikongsikan..rasanya dah panjang dah nie...hehe.. selamar membaca..:-))