Wednesday, December 30, 2009

islamic sket..

Teman,
Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah.
Janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi.

Teman,
Menangislah kerana takut akan azab neraka jahaman.
Pabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi & tulang.

Teman,
Menanggislah kerana keadaan di Padang Masyhar kelak,
Pabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang, melalui perjalanan beribu tahun lamanya.

Teman,
Menanggislah kerana keadaan di dalam kubur kelak,
Pabila tujuh langkah telah berlalu, Mungkar dan Nankir datang menyeru.
Sediakah kita dengan jawapannya?

Teman,
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang.
Leka dengan arus duniawi, tenggelam dibuai dosa

Teman,
Menanggislah kerana mengharapkan keampunan Allah.
Menanggislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya

Menanggislah wahai teman kerana mata yang tidak menanggis untuk Allah itu adalah mata bagi orang yang hitam hatinya.

Wallahu'alam.

2 comments:

  1. tp manusia kdg2 menangis apabila berada dlm keadaan susah jerk..cmner nk wt 2??huhu

    ReplyDelete
  2. haha...x dpt nak dinafikan..camner nak buat kta x leh nak paksa2 coz setiap individu harus memikirkannya sendiri.lagi satu perlukan dorongn juga..kalau xda dorongan dr mana2 pihak org tue akan melayang ditiup angin..hehehe

    ReplyDelete