Wednesday, December 30, 2009

islamic sket..

Teman,
Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah.
Janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi.

Teman,
Menangislah kerana takut akan azab neraka jahaman.
Pabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi & tulang.

Teman,
Menanggislah kerana keadaan di Padang Masyhar kelak,
Pabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang, melalui perjalanan beribu tahun lamanya.

Teman,
Menanggislah kerana keadaan di dalam kubur kelak,
Pabila tujuh langkah telah berlalu, Mungkar dan Nankir datang menyeru.
Sediakah kita dengan jawapannya?

Teman,
Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang.
Leka dengan arus duniawi, tenggelam dibuai dosa

Teman,
Menanggislah kerana mengharapkan keampunan Allah.
Menanggislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya

Menanggislah wahai teman kerana mata yang tidak menanggis untuk Allah itu adalah mata bagi orang yang hitam hatinya.

Wallahu'alam.

Monday, December 28, 2009

10 Cara Menjadi Sahabat

Memiliki seorang sahabat lebih berharga berbanding memiliki seribu teman yang mementingkan diri sendiri. berikut adalah tip yang boleh dijadikan panduan untuk anda menjaga dan mengekalkan hubungan dengan sahabat...

1.Berikan yang terbaik untuk sahabat.
fikirkan apa yang anda dapat berikan kepada sahabat. bukannya apa yang akan anda dapat
daripada persahabatan itu. jangan hanya mahukan kesenangan semata-mata. jika demikian
anda bukanlah sahabat sejati. hargailah sahabat anda seperti mana anda ingin
dihargai olehnya...

2. Saling memberi sokongan
sokonglah sahabat anda dalam apa jua keadaan.sahabat yang sejati akan saling memberi
kata-kata semangat agar sama-sama dapat menjadi yang terbaik. bukannya saling
menjatuhkan. kongsi kegembiraan dan kebahagiaan saat sahabat anda berjaya mencapai
apa yang diimpikan dan tidak merasa disaingi.

3 Bersedia untuk memaafkan
Jangan biarkan luka berkembang menjadi kepahitan seterusnya menghancurkan
persahabatan anda. maafkan segera kesalahan yang dilakukan oleh sahabat anda
bgi mengelakkan luka itu merosakkan hubungan anda berdua.

4. Saat sahabat melakukan kesilapan
Jangan hanya memandang kepada kesilapan yang dilakukan. jangan tinggalkan sahabat
anda saat dia melakukan kesilapan. Bersabarlah dan bimbinglah dia untuk berubah.
sedarilah kita semua tidak sempurna.

5. Tepati janji
jadilah sahabat yang diandalkan dan tepatilah janji yang telah anda lafazkan kepada
sahabat.

6. Jangan mengongkong sahabat
Jangan cuba mengongkong sahabat anda. bersahabat bukan bermakna anda berdua
perlu sentiasa bersama. ingat, dia juga ada teman-teman selain anda. Belajarlah untuk
bergaul dengan teman-temannya yang lain.

7. Susah dan Senang bersama
sentiasa ada saat senang atau susah. ketika sahabat anda sedang merasa sedih atau kesal,
berikan perhatian anda. jadilah seorang pendengar yang baik dan fahami perasaan
sahabat.

8. Menerima sahabat seadanya
Jangan memaksa sahabat untuk memberi reaksi yang sama seperti yang biasa anda
lakukan. hargai sahabat anda termasuk apa jua keputusan yang dia ambil yang
mungkin tidak sesuai dengan kehendak anda.

9. Menjaga Rahsia
Belajarlah untuk menjaga rahsia sahabat anda.
10. Berbeza pendapat
Jangan biarkan perbezaan pendapat punca kehancuran persahabatan anda berdua.
contohnya, sahabat anda tidak bersetuju dengan pendapat anda. jangan terus berdebat
berbincanglah secara baik.